23 Jan 2012

Perlumbaan Yang Tidak Akan Tamat

Perlumbaan manusia bermula,
Umur 6 tahun kau ke tadika.
Mengenali nombor, huruf, mengira.
Sebuah sijil dikejarnya.

Umur 7 tahun sehingga 12 tahun kau ke sekolah.
Sekolah rendah, bermulah cerita.
Mula mengenali wajah-wajah dunia
Sijil kedua pula dikejarnya.

Habis sekolah rendah, sekolahmenengah lah engkau.
Dari 13 tahun sehingga 15 tahun, 
Berlumba-lumba untuk sijil ketiga pula,
Dari 16 tahun ke 17 tahun,
Engkau masih meneruskan perlumbaan kau,
Mengejar pula sijil keempat di dalam hidup kau.

Jika bernasib baik,
Dapatlah meneruskan ke zaman ke dua.
Kejarnya pula sijil kelima.
Selepas itu zaman pekerjaan.
Masih lagi berlumba. 

Namun, bukan sijil dikumpulnya,
Harta benda pula dikumpul,
Nampaknya ada lebihan,
Sudah boleh berkahwin gamaknya.

Berumah tangga lah pula,
Berlumba kemari mencari rezeki,
Diberinya anak perempuan lelaki,
Berlumba lagi untuk membesar bayi,

Sampai bila mahu mengejar?
Hidup, perlumbaan yang tidak akan tamat?

Antara dua

Antara dua jalan
Bolehkah kita pusing kembali?
Kembali ke permulaan
Bermula dari kosong mengorak langkah satu per satu
Namun, jumpa lagi dua jalan yang bercabang
Masih binggung untuk memilih
Antara dua tidak dipilih, mengundur kembali.

(rumah ke 2)