18 Mar 2012

Alasan

Penat tak larat lelah semput,
Arrgghhh, apa lagi yang kau mahu katakan?
Seribu alasan kau boleh beri,
Padahal, kau itu penyegan, pemalas, tidak suka berusaha.

Ehhhhhh, lagi mahu berdalih?
Tidak cermin kah dulu wajah mu di cermin penipu,
Namun kadang kala ada benarnya,
Cerminkan dulu diri kamu itu.

Nampak wajah apa yang muncul di cermin itu?
Arrrgghh, itu kata hati mu saja,
Cuba lihat dengan mata kamu,
Hati bisa saja mahu baik-baik belaka.

Tapi agak susah untuk menerima realiti.
Realiti itu nyata dari mimpi.
Tolong bangun dari mimpi.
Tolong berusaha untuk mencapai mimpi.

17 Mar 2012

Terbang

Bosan. Aku hanya terbang. Berlegar-legar di ruangan. Dari satu tempat, ke tempat yang lain.
Aku melawat kawan-kawan, dari satu kawan ke kawan yang lain.
Aku terbang jauh, dari tempat aku hingga ke luar negara.
Tidak apa yang dapat halang aku kalau aku ingin terbang.
Aku ingin terbang jauh. Tapi ini, hanya di alam maya. Bukannya realiti atau mimpi.