29 Dec 2011

Sebelum aku tidur

untuk pengetahuan kamu,
sebelum tidur aku sering merindui kamu, teringatkan akan kamu.
kerana kamu merupakan tempat aku meluahkan perasaan,
bukan perasaan cinta ku kepada mu,
tetapi apa yang terjadi pada ku saban hari,
tapi itulah, jarak menjadi penghalang,
limitasi teknologi komunikasi juga jadi penghalang.
zon waktu yg berbeza juga jadi penghalang,
tetapi, tidak ada penghalang untuk aku rindu kamu.

29 Sept 2011

Apa yang aku faham tentang "Tak Sepadan - Chairil Anwar".

Aku kira:
Beginilah nanti jadinya
Kau kawin, beranak dan berbahagia
Sedang aku mengembara serupa Ahasveros



Ini adalah rangkap pertama. mengikut fahaman, wanita yang penulis sukai telah mengahwini dengan orang lain. Ataupun, penulis merasakan penulis tidak sepadan dengan wanita yang dia sukai, pada akhirnya dia hanya boleh memerhati atau membiarkan wanita yang disukainya kahwin dengan orang lain dan berbahagia. Atau, mungkin juga wanita tersebut berkahwin atas permintaan sosial. Penulis menyamakan nasibnya dengan Ahasveros, Ahasveros ini, merupakan seorang pembuat kasut Yahudi di Jurusalem, pembuat kasut ini telah terkena sumpahan semasa Nabi Isa dinaikkan ke langit, lalu tidak boleh bersemadi dengan aman sebelum Nabi Isa turun dan pembuat kasut ini telah merayau-rayau diatas dunia ini selagi itu(memlalui pembacaan dan maklumat yang diambil dari Wikipedia)


Dikutuk-sumpahi Eros
Aku merangkaki dinding buta
Tak satu juga pintu terbuka



Pada rangkap kedua pula. Eros merupakan malaikat cinta (cupid angel)  dalam mitologi Greek. "Dikutuk-sumpahi eros" mungkin membawa erti bahawa, penulis tidak mendapat keberkatan untuk bercinta. Ayat yang kedua dan ketiga, mungkin penulis menyamakan cinta yang buta itu dengan dinding buta. Kerana merangkaki boleh disamakan dengan mencari. Dalam mencari cinta yang buta itu, namun tiada satu pun hati-hati wanita yang terbuka kepada penulis.


Jadi baik juga kita padami
Unggunan api ini
Karena kau tidak 'kan apa-apa
Aku terpanggang tinggal rangka



Mengikut pendapat orang lain yang diberikan melalui komen di blog, akan dimasukkan ke neraka keran dimarahi tuhan berdasarkan ayat "Dikutuk-sumpahi Eros". Melalui fahaman sendiri, terdapat dua fahaman disini, yang pertama, wanita tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri kerana walaupun duduk berdekatan dengan api wanita tersebut tidak terbakar, padahal jikalau penulis duduk berdekatan dengan api, dia akan terbakar sehingga menjadi rangka. Mungkin pada rangkap inilah yang jelas menyatakan ketidak sepadan antara penulis dan wanita yang dicintainya. Namun, setelah membaca kembali rangkap ini berkali-kali. Fahaman lain pula yang datang, mungkin "padami" serta "unggunan api" dimaksudkan dengan memadam perasaan cinta terhadap wanita tersebut, disini terdapat relevannya kerana cinta sering kali disamakan dengan sesuatu yang hangat. Melalui fahaman ini, jika perasaan cinta yang telah di lalui penulis hilang pada wanita tersebut. Penulis tidak akan terseksa. Jika masih penulis masih mempunyai perasaan itu, penulis menyatakan, wanita tersebut tidak akan apa-apa kerana wanita tersebut sudah menemukan cintanya yang baru berdasarkan rangkap yang pertama sedangkan penulis masih mengharap pada wanita tersebut. Sudah menjadi lumrah sekiranya kita mengharap kepada sesuatu yang tidak pasti, mestilah akan terseksa tambahan pula apa yang dinantikan itu adalah cinta.

(maaf jika ada terkurang dimana-mana, salah atau silap, saya hanya menyatakan apa yang saya fahami melalui pengamatan dan pembacaan namun kurang kajian.)

27 Sept 2011

Tak Sepadan - Chairil Anwar

Aku kira:
Beginilah nanti jadinya
Kau kawin, beranak dan berbahagia
Sedang aku mengembara serupa Ahasveros
Dikutuk-sumpahi Eros
Aku merangkaki dinding buta
Tak satu juga pintu terbuka
Jadi baik juga kita padami
Unggunan api ini
Karena kau tidak ‘kan apa-apa
Aku terpanggang tinggal rangka
Chairil Anwar
Februari 1943

25 Sept 2011

Jejaka

Jejaka tampan yang girang,
Datang dari negeri seberang,
Sambil berdendang bersayang,
Berintipati darah sang pejuang,
Walaupun tumbang di medan perang,
Namun masih utuh bangun menentang,
Biarpun dikejar pendekar petualang,
Yang mengikut suara-suara jalang,
Jejaka tampan masih lagi menentang,
Dengan suaranya yang lantang,
Sanubarinya menyuarakan apa yang hilang,
Di maki, di hamun oleh petualang,
Semangat kental tetap tidak hilang,
Sampai kiamat dia berjuang,
Demi tanah air yang terbilang,
Demi keluarga yang tersayang.

Mahkota

Masihkah mahkota itu disanjungi?
Masihkah mahkota itu disanjungi?
Mungkin pada abad yang lalu,
 Mahkota itu masih lagi cantik dan berseri.

Mahkota itu sudah berkarat sudah usang,
 Namun ramai lagi yang sanggup menggadai emas mereka demi mahkota,
Walaupun disadur emas, mahkota itu tetap tidak berkilau.

Ada juga suara-suara lunak menyuarakan,
Agar mahkota itu tidak diperelokkan,
Kerana itu hanyalah pembaziran.

Mahkota itu tidak lagi menjadi sanjungan,
Buang saja ke buangan,
Benda berkarat saja dengan besi,
Walaupun asalnya tiada ternilai.

Tiada Guna

Apa gunanya mulut,
Jika apa yang dituturkan perkara tiada guna,
Apa gunanya mata,
Jika hanya memandang perkara yang fana,
Apa gunanya jari,
Jika digunakan untuk menunding kesalahan manusia,
Apa gunanya kaki,
Jika hanya digunakan untuk ketempat keji,
Apa gunanya otak,
Jika tidak tahu membeza antara baik dan buruk.

Sesungguhnya, kita hanyalah hina dan dina di depan-Nya.

24 Jul 2011

Siapalah kita ini jika tiada kawan-kawan ataupun sahabat disisi.

Jagalah hati kawan-kawan ampa semua baik-baik. Jangan la bagi depa ni selalu sakit hati. Jangan lupa depa ini. Memang la depa jauh dari kita, tapi mesti selalu dok teringat punya. Tipu la kalau tak teringat kat best friends sendiri, tambah-tambah yang dah sayang gila-gila tuh. Dah dapat kawan baru yang boleh masuk sekepala, jangan la lupa kawan-kawan ataupun sahabat lama ini. Sebelum kenai  depa nuh pun, selalu dok contact kawan-kawan kat sini. Jangan lupa kawan-kawan sendiri naaa. Tolonglah, tambah-tambah bila susah baru nampak kawan-kawan or sahabat yang jauh ni.

29 Jun 2011

kadang-kadang.

Kadang-kadang suatu seni itu satu elemen yang berirama, berentak dan mempunyai melodi.
Kadang-kadang suatu seni itu hanya mempunyai warna-warna harmoni dan bertona menarik.
Kadang-kadang suatu seni itu hanya kaku dan kejur di tengah panas.
Kadang-kadang suatu seni itu tidak berirama, tidak mempunyai rentak dan tidak mempunyai melodi menarik.
Kadang-kadang seni itu juga tidak berwarna dan tidak bertona menarik.
Kadang-kadang seni itu juga tidak kaku dan kejur di tengah terik panas mentari.

31 May 2011

try something new and money is everything.

kita mestilah mencuba sesuatu yang lain dari kebiasaan yang dibuat sebagai rutin harian. kita juga mestilah mengubah
rutin harian kita untuk mencuba sesuatu yang lain dari kebiasaaan. untuk menjadi lebih kreatif kita juga mestilah
mencuba sesuatu yang lain dalam kehidupan kita ini.


benarkah duit tidak dapat memberikan segala apa yang kita mahu diatas dunia ini? money cant buy everything? for me, money
can buy everything including our lives. why? because, if with have money, we can use it to afford our medical bill if we
fall sick. beside, if we have serious illness, with a lot amount of money, we can afford to have a good hospital in private
rather than public hospital. we also can replace or fix our heart with new mechanism or transplant new heart for our body.
duit juga boleh beli kebahagiaan. boleh beli cinta. boleh membeli segalanya didalam dunia ini termasuklah kuasa.
duit dapat memanipulasi sesetengah fikiran manusia yang hanya mengejar kekayaan. tapi, itulah. mereka dapat membeli
semua itu dengan wang hasil mereka sama ada halal ataupun haram. membeli cinta misalnya. perempuan or lelaki ada yang
begitu materialistik. hanya perlu melaburkan wang ke atas mereka dan pastinya mereka akan datang kepada kita. sudah
semestinya lah kita akan menjadi sumber kewangan utama kepada mereka. cinta ini palsukan? apa pula kata orang tua2?
lepas berkahwin baru bercinta? mungkin lelaki ataupun perempuan itu akan belajar untuk mencintai temannya lama kelamaan nanti.
sebab cintakan senang berputik.

28 Mar 2011

bodohkan diri kita ini?

bodoh kan diri kita ini? tidak tahu menghargai apa yang bernilai dan apa yang hanya menjadi buangan dan tidak tahu membezakan apa yang ada di depan mata.
 bodoh kan diri kita ini? tidak tahu menghargai orang yang sayang akan kita dan selalu ambil berat tentang perihal kita.

bodoh kan diri kita ini? acap kali mengulangi kesalahan yang same berulang-ulang kali. walaupun orang berfalsafah selalu berkata belajarlah dari sejarah (kesilapan silam) sejarah, jika kita tidak mempelajari nya nescaya kita akan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. namun "sejarah" tetap berulang. tidak dapat memotivasikan diri ini agar tidak mengulangi "sejarah" itu.

bodoh kan diri kita ini? jika memikirkan sesuatu benda itu hanya untuk diri kita sahaja. siapalah kita ini, anak menantu raja kah? kita hidup bermasyarakat, kenalah saling bantu membantu, berkongsi apa yang tiada di laman rumah dengan di laman rumah jiran sebelah.

bodoh kan diri kita ini? jika hanya sekadar memikirkan tentang dunia tanpa memikirkan tentang akhirat yang kekal abadi di sana selamanya.